Jumaat
Sembahyang Raya Aidiladha. Memulakan perjalanan dari Kedah ke Selangor. Berhenti untuk sembahyang Jumaat dekat Kamunting. Lenguh siot! Perjalanan lancar je. Hujan la juga buatkan aku senang untuk terlentok. Ada la sambil-sambil tu ber-sms, hihi.. Sampai rumah maksu dekat Selangor dalam pukul 8 lebih kut, tak ingat sangat. Lepas tu maksu ngan paksu ajak makan kat luar sebab mak nak tengok Nur Kasih, episod akhir. :D
Sabtu
Tak pergi mana-mana sangat.Lunch dekat Restoran Saba' dekat Putrajaya, paklang belanja. Malam pergi rumah pakcik dekat Kuala Lumpur. Masa on the way balik ternampak seseorang muka macam Zahiril Adzim tepi kereta masa traffic light. Adik aku jadi macam kena sawan sikit lepas aku bagitau dia. Hehehe
Ahad
Memulakan perjalanan ke Johor Bahru. Singgah sekejap dekat Melaka, ada kenduri keluarga paksu. Grand siot majlis tu! Perjalanan nak pergi Johor memang lama. Ada ke patut nak pergi toilet pun beratur dari luar, punya la panjang. Akhirnya sampai dekat Johor dalam pukul 9 lebih. Letih teramat sangat..
Makan dinner pun tahap lahap punya sebab letih sangat, huhuhu
Isnin
Hari ni best sebab pergi Singapura! Aunty Dila datang jemput. Aunty Dila ni kawan lama maksu yang tinggal di Sngpura, dia kawan dengan Scha and Awal! Sampai dekat imigresen dah teruja.. Pasport kena cop dulu. Dekat Woodlands memang tak ada apa-apa sangat. Bila dah sampai dekat main city dia memang gempak la juga. Adik aku cakap memang nampak cam dekat Malaysia lagi. Mula-mula Aunty Dila bawa pergi makan lunch dulu dekat Hjh Maimunah's Restaurant, Pisang Rd. Lepas tu, sembahyang dekat Masjid Sultan, dekat Kampong Glam. Saja tengok souvenir kat kedai-kedai. Ada Little Children Museum memang best, sebab dekat situ ada barang antik, permainan antik, and other stuff. Lepas tu saja aunty Dila bawa jalan-jalan dekat Ilumo, pastu dekat Bugis Street. Tempat tu memang crowded gila. Ada episod suspen, huhu. Then, pergi Riverside. Dekat situ aunty Dila cakap tempat untuk young people and tourists clubbing or just having drinks(alcohol). Lepas tu kami pergi ambil angin dekat East Road Beach. Cousins main air, kesian Ainnur jatuh.. Then, we went to the most happening place at Esplanade. Dekat situ la ada Merlion, singa besar pancut air tu, huhu.. That place memang best la. Sebelum balik kami tengok live band perfom kat situ, but not popular in Malaysia. Tengok lampu-lampu dekat Orchard Rd.Lampu neon banyak kat situ sebab dah nak dekat Krismas. Then, makan kat Little Indian Rd. Semua balik Malaysia semula except aku dgn adik aku, tidur rumah aunty Dila.
Selasa
Bangun lambat! Huhu.. Breakfast kat McDonald, aunty Dila hantar video kat Ezy Video. Lepas tu, we all pergi Sentosa Island! Tempat dia best sesangat lah! Ada some rides and park masih ditutup untuk renovation. Next year gonna be happening 'cos there will be like Disneyland in Sentosa Island! The rollercoaster is so freakin' huge! I wish that we could go there next year. Aunty Dila jadi photographer sebab kamera mak bawa balik. Kami naik Skyride dgn LUGE. Skyride ni macam cable car tapi lebih open. Sesapa yang gayat tu maybe akan menangis kalau naik, haha. Kalau nak turun boleh naik Skyride tu balik tapi, kami cuba LUGE. My sister bawa benda tu laju siot, sampai nak terbalik dah. Then, pergi kat Wave House, ada orang try belajar surfing dekat situ. Then, kitaorang balik, sebab panas gila. Lepas tu pergi Vivo City, shopping complex la.. Beli coklat kat Candy Empire, kat situ ada coklat from all around the world. Having tea at Demsey Hill. Ramai mat saleh kat situ sebab makanan kat situ international punya la.Beli muffins kat Jones the Grocer, all from Australia. Then,makan Cheese Friedfries, Calamari rings dgn Nachos. Sedap, so deliciouso..hehehe. Makan ice-cream Ben & Jerry's. Macam Baskin Robbins la juga. Finally, balik Malaysia.
GREAT TIME, HUH
(kalau nak tengok gambar, tunggu aku upload dkt Facebook)
[aku menulis post ini di Johor, menanti hari untuk pulang]
No comments:
Post a Comment