Siang malam masih menunggu jawapannya,
masih lagi membelek skrin telefon,
masih lagi berharap, masih lagi berdoa utknya,
Tiap kali aku gapai telefon, aku lemah
skrin itu kosong
aku masih lagi ingin mencuba tapi emosiku sedikt terganggu
Mungkin patut aku membiarkan saja
Mungkin aku patut lupakan saja
Mungkin patut aku terus buat tak tahu
Mungkin juga..
Kenapa perlu aku terus mengingati manusia itu
Perlukah aku membencinya? Tapi mungkin tidak, aku sukar utk membenci si jiwa yang pernah memberi harapan utkku.
ada harapan lagikah? Mungkin tidak, si jiwa itu seperti membuang diri ini jauh-jauh
adakah aku masih berharap? Mungkin.
Aku letih
Aku penat
Aku terluka
Aku tergapai-gapai
Aku kelemasan dalam pelbagai persoalan dalam kepala ni. Aku perlukan ruang. Aku perlukan jawapan. Aku perlukan harapan.
No comments:
Post a Comment