Daripada perkenalan pertama sebagai jiran dan akhirnya disatukan.
Insyaallah Liyana Jasmay akan menjadi seorang isteri kepada Fathuddin Mazlan pada 24 Januari. ^^
Sweet kan?
Korang mesti dah tahu pun pasal pasangan ni kan. Aku suka sangat cerita cinta yang bermula sebagai orang asing dan akhirnya menjadi sepasang suami isteri. Lagi-lagi katanya Fathuddin ni senior kepada Liyana masa sekolah dulu. Hehe. Jodoh, memang kita tak boleh nak agak atau ramal. Semuanya Allah dah tentukan dari sejak kita belum lahir lagi.
Dan tak lupa juga kisah Irma Hasmie yang baru-baru ni juga telah melangsungkan pertunangan. Irma bertemu jodohnya di Makkah semasa dia mengerjakan umrah di sana.

Ohh sebelum terlupa, lagu terbaru Liyana Jasmay ni best sangat. Tajuknya 'Cinta Bersatu'.Dari sumber Berita Harian 29 Mac lalu, lagu ni menjadi dendangan eksklusif bagi Fathuddin. So sweeett! Aku nak tunggu video klip nanti hehe. Enjoy the song and get touched by the lyrics haha.
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
No comments:
Post a Comment