Sunday, February 11, 2018

Satu tahun dan masih belum selesai.

Entah kenapa hujung minggu aku selalunya terasa lama dan kadang menyiksakan. Kalau dulunya aku masih boleh lepak dalam bilik walaupun tak buat apa-apa. Mungkin dulu, adanya teman sebilik yang selalu ada untuk borak, makan sekali, dan sama-sama tengok movie dalam laptop. Kalau tak pun, sama ada keluar dengan kawan-kawan atau lepak mamak. Tapi sekarang, kosong. Sunyi dan asing. Ini pun disebabkan cuti semester dan aku tak ada kelas pada hujung minggu. Ya, kelas aku selalunya pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari minggu biasa, aku bekerja.

Scroll timeline dan ternampak gambar-gambar junior baru nak mula intern. Ada yang di Malaysia aja, dan ada yang ke luar negara. Aku teringat tentang 'kisah' setahun yang lepas. Mungkin pada waktu ini, masa tahun lepas, aku sedang gundah memikirkan apa yang patut aku ceritakan kepada mak ayah. Barang-barang dah siap beli dan letak dalam bagasi ungu di atas lantai. Macam-macam dah aku sediakan dan membuat perancangan dengan kawan-kawan aku. Entahlah, mungkin ya betullah perancangan manusia tak sempurna seperti perancangan Dia. Setiap kali kau pandang bagasi besar dalam bilik kau tu, kau rasa macam kosong. Tak tahu nak buat apa. Sepatutnya kau sediakan untuk satu musim yang lain, tapi kau kena kemas siapkan semula. Sarung tangan aku keluarkan, baju tebal aku keluarkan, dan baju sejuk yang aku beli bundle aku simpan kemas dalam almari. Segala perih kau ulang alik ke sesuatu tempat jadi macam sia-sia. Aku jadi marah. Marah, bengang dengan perangai manusia yang isi perutnya hanya tahu duit tak kisah halal haram. Apa boleh aku buat? Nak atau tidak, aku terpaksa mengubah semua perancangan. Sekarang, hal itu pun masih belum selesai. Kisah satu tahun dan masih belum selesai.

Aku cuma yakin yang perancangan yang tak jadi itu, sedikit sebanyak telah mengubah jalan kehidupan aku. Aku belajar macam-macam walaupun kadang aku terfikir apa sebabnya. Do I deserve this? Aku agak negatif dua tiga bulan pertama, dengan pelbagai dugaan yang jadi kat sana. Kemudian, satu satu benda yang jadi aku nampak hikmahnya. Pejam celik, aku dah habis pun intern. Aku dah graduate pun. Itu lah, cuma hari ini aku terdetik nak cerita.

Mungkin sekarang marah itu sudah kurang, dan masing-masing memilih untuk senyap. Mungkin tidak selesai di dunia, mungkin selesai di sana.

Thursday, February 1, 2018

At the age of 24;


It's been a while. I am not really sure whether I had no time or too much time to update this blog, but tonight I suddenly have the urge to write.

How's your 2018 so far?
Do you get what you ever wished for? Are you finally been going through what an adult supposed to? Are you happy?

I felt a little bit rusty, writing in English. Pardon me but I have to practice more and more and more because learning never stop! Sigh. When will I ever be good at something? I could only do what I can do  best. Well, so far my 2018 was kind off confusing (I guess?). At the age of 24, there were so many life choices. Choices that could scares you over and over. Sometimes its not the choices that I am scared off, but the results, the consequences.

Some of your friends might already getting married, some are expecting a child, some are doing very excellent in their job, and some are giving their best in whatever they are been doing.

Aku masih merasakan aku menjalani rutin yang sama setiap hari. Aku tahu,itu adalah pilihan aku sendiri dan hanya aku lah yang merasakannya. Tetapi, aku juga tahu. Untuk kau menjalani sesuatu pilihan itu, kau harusnya berani. Janganlah ragu, Tuhan itu ada. Setiap orang ada kisah masing-masing, sama ada dia nak tunjuk atau tidak. Dua tiga hari yang lepas, aku dipelawa untuk makan tengah hari oleh rakan sekelas aku semasa degree. Di dalam kereta, kami berbual mengenai rumah sewa, tempat kerja dan beberapa topik yang berkaitan. Husna menceritakan pengalaman di tempat kerjanya dan bagaimana dia mengambil keputusan untuk berhenti. Setelah agak lama berbual aku mula faham dan aku berasa agak lucu. Aku terbayangkan semasa aku masih bersekolah rendah, aku menganggap seseorang yang berumur 24 tahun ini adalah seorang yang matang dan stabil. Aku menganggap pada umur 24 tahun, segala keputusan yang kau buat itu adalah paling terbaik dan nothing would go wrong. Lihat aja sekarang, akan menginjak umur 24 tahun tapi masih clueless, masih mencari mana yang bagi aku 'jalan selamat'.

Lately aku juga banyak berbual dengan Nik. Tentang hal hal kehidupan. Aku bersyukur ada kawan macam Nik. Dia 'sekepala' dengan aku. Rasanya kali terakhir kami bergaduh, adalah masa Tingkatan 4/5. Itu pun sebab aku patutnya teman kawan kelas aku pergi dating dan rupanya boyfriend dia ni ex Nik. Aku ingat lagi malam tu aku punyalah rasa bersalah sampai nangis minta maaf. Nik, kalau hg baca ni, hg tau kan aku sayang hg hahaha! After these years, you gained what you missed before. I am happy for you!

At the age of 24; aku penat. Kelas di hujung minggu, kerja di hari minggu. Banyak juga lah pengorbanan. Masih banyak rupanya yang aku perlu lalui. Bak pepatah lirik lagu The Scientist dari Coldplay, "Nobody said it was easy,". Nasib baik kadang ada Tiah. Haritu aku ada janji nak buat satu post khas untuk Tiah, tapi aku masih belum sempat mengarang dengan betul. Mungkin aku dah kena menulis sikit sikit. At the age of 24; I just want to live and love whoever I love. Dear Kegemaran, I am always here for you.

Terima kasih Tuhan, hadirkan manusia manusia yang menemani.


Aku harap, biarlah apa pun aku tak nak jadi seorang yang bitter. Biarlah apa pun.

Monday, October 2, 2017

Mimpi ngeri.

Jangan percaya dengan mimpi,
Dia membisikkan yang hitam
Lalu meracuni hati.

Jangan percaya dengan mimpi,
Tak terduga ada yang berubah
Melupakan yang dijanji.

Jangan percaya dengan mimpi,
Yang baik diputar belit
sampai tak sudah membezakan realiti.