Monday, September 6, 2021

Music Theraphy #FreedomAHF

 


Pada awal bulan Ogos yang lalu, sebuah organisasi tempatan Freedom A(r)t Home Fest telah menganjurkan sebuah festival yang menampilkan persembahan daripada artis/band tempatan dan juga dari Indonesia, persembahan puisi, talk session, bazar jualan online dan tidak dilupakan juga tujuan utama event ini; mengutip dana bagi membantu persatuan dan organisasi seni tempatan. Festival ini telah berlangsung selama 7 hari iaitu daripada 9 Ogos hingga 15 Ogos di ruang aplikasi Zoom Meeting. Tiket bagi menikmati festival ini hanyalah percuma, jadi bagi sesiapa yang telah melepaskan peluang tersebut adalah sangat rugi.

Disebabkan jadual kerja saya yang merangkumi midnight shift, saya tidak berkesempatan untuk menikmati keseluruhan festival terutamanya pada hari minggu. Cuma pada hari Selasa dan Jumaat saja yang berkesempatan untuk menikmatinya sampai habis. Pada hari minggu festival bermula pada pukul 8 malam hingga lewat 10 malam. Manakala pada hujung minggu, seharian padat dengan persembahan dan Lepak Session yang bermula dari 2 petang.

Untuk Lepak Session pada hari Sabtu itu, panel jemputan Dr Kamal Sabran telah berkongsi tentang muzik/art as theraphy dan beberapa kajian yang dijalankan beliau yang berlangsung semasa awal lockdown tahun lepas yang bertajuk The Healing Art Project. Sebelum ini saya hanya mengenali Kamal Sabran melalui lagu dari Rohas Remi; Tinggi Harap dan Soldadu Senja. 

Tahukah anda, ada kajian telah membuktikan muzik seperti heavy metal mampu menurunkan tekanan darah dan juga mengurangkan perasaan anxiety (resah). Menarik bukan?

Sepanjang perkongsian itu, Dr Kamal menerangkan sejarah dan penggunaan seni di serata dunia termasuklah bagi merawat pesakit-pesakit Alzheimer. Seperti yang kita ketahui pesakit Alzheimer mengalami kesukaran untuk mengingati kejadian baru-baru yang berlaku. Selain itu, mereka berpotensi untuk mengalami perubahan mood, kehilangan motivasi dan mengabaikan kesejahteraan diri sendiri. Dengan kaedah menggunakan lagu-lagu, terutamanya lagu yang pernah mereka dengari mampu menggubah mood mereka untuk menjadi lebih ceria. Pendekatan ini juga telah merangsang pesakit Alzheimer untuk berkomunikasi dengan lebih lancar.

Kaedah menggunakan muzik sebagai 'non-medical treatment' juga diaplikasikan melalui cara tradisional mampu membantu menjaga kesihatan mental dengan lebih baik. Sebagai contoh, Tibetan singing bowls yang digunakan untuk deep relaxation dan penjanaan semula otot dan penggunaan Didgeridoo oleh kaum Aborigin (Australia) yang sebenarnya digunakan sebagai perubatan tradisional.

Di Malaysia juga terdapat pendekatan yang sama dengan ritual Main Puteri - yang berasal dari Kelantan bagi mengubat penyakit yang tiada ubat, seperti sakit buatan orang. Namun ritual ini telah diharamkan dan tidak lagi dilaksanakan di negara ini.

Banyak topik yang dikongsikan oleh Dr Kamal pada hari itu, yang membuka minda saya tentang pemahaman dan kelebihan-kelebihan seni itu sendiri. Highly creative people are able to express more and has high appreciation towards history and culture. 

Lockdown atau pengurungan selama 2 tahun ini semestinya membuatkan kita sebu, jemu dan mengakibatkan kesihatan mental terjejas. Kes suicidal yang semakin meninggi di negara ini tidak sepatutnya dipandang enteng oleh masyarakat. Semua orang mengalami kepayahan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan baik apatah lagi mengenangkan keadaan negara kita yang seperti tidak ada jalan keluar.



Antara pendekatan 'sound healing' moden yang boleh kita aplikasikan adalah dengan :

- Drum Therapy (projek yang dijalankan oleh Dr Kamal sendiri)

- Meditasi dengan gelombang bunyi

- ASMR (merangsang stimulus tertentu) 

- Sound theraphy apps (aplikasi seperti White Noise, Nature Sound)

Aktiviti mendengar muzik juga mampu berikan efek positif seperti melegakan anxiety, membaiki keupayaan untuk belajar, meningkatkan keyakinan diri dan membantu upaya mengingat dengan lebih baik.Oleh itu, tidak salah untuk anda mengambil sedikit masa sibuk dengan mendengar muzik kegemaran atau cuba untuk bermeditasi dengan bunyian alam demi kesejahteraan diri dan kesihatan mental anda.

Lepak Session/ perkongsian pada hari itu sangatlah padat dengan ilmu baru dan menarik bagi saya. Semoga festival dan sesi sebegini kerap diadakan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan generasi seterusnya. 

Semoga selamat semuanya!



No comments:

Post a Comment