Assalamualaikum dan selamat hari-hari anda eh? haha
Tanggal 3 Mei 2013, maka tamatlah satu gelaranku sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian 2012/2013. ID AS03202 tiada lagi untukku. Actually, pada tarikh tu kita masih lagi berjuang untuk kertas terakhir --> Statistik!Alhamdulillah paper yang semua orang tertunggu-tunggu dah lepas. Special thanks to Dr K yang sentiasa baik hati hehe.
Malam tu jugak, aku berkemas dan pulang. tapi malang sikit bagi aku bukan pulang ke Kedah. Aku menumpang rumah Ammar selama 4 5 hari. Mak dan Ayah hanya dapat ambil aku pulang pada 9hb. Semua sebab apa? Sebab PRU13. Yup, 5 Mei 2013 semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah jugak, semua dah selesai. Tamat tempoh berkempen, tamat masa mengundi, tamat masa percaturan, dan sekarang aku berharap tamat segala bingit kelahi politik di timeline laman sosial samada di FB atau Twitter.
4 Mei 2013, aku ke PWTC untuk Pesta Buku Kuala Lumpur 2013. Dan aku dah habiskan RM150 baucer buku hanya untuk buku-buku FIXI LEJEN, DuBook Press, Sang Freud Press dan Terfaktab. OMG OMG haha. Akhirnya hajat tercapai. Gambar? Sabar menanti ya.
Dan tarikh itu akan aku ingat. Otak, tolong jangan lupa setiap saat itu. Aku mahu kenang selagi mampu.
Terima kasih, entah kenapa aku rasa terharu walaupun itu mungkin biasa bagi yang lain. Satu pinta dari hati kerdil ini, jangan lupakan aku!
Minat menulis aku dah kembali. Terima kasih #SeksiOvari dan #LangitVanilla. Kata si Promoter, buku-buku ini satu luahan kata seorang perempuan. Kebanyakannya boleh aku relate dan faham. Mungkin satu hari nanti aku juga boleh berkongsi puisi, prosa dengan orang lain hehe. Amin. :)
No comments:
Post a Comment