Sunday, November 10, 2013

the end of mid-sem 1

so cuti mid-sem dah habis. nampaknya ramai dah bertweet, post status balik ke UPM. cepatnya masa berlalu. aku pun dah kena sediakan mental dan fizikal nak balik ke sana semula. buku bawak balik tak sentuh-sentuh pun hewhewhew. ni dah nak tinggalkan keselesaan di rumah dengan kelajuan wifi memang parah haha.

kasian buku botani.

kalau dulu, aku tak kisah sangat nak balik sana, tapi sejak degree ni aku rasa malas sangat nak balik sana memandangkan aku selalu stress kat sana. bukan stress apa pun cuma, aku jadi terlampau banyak fikir pastu nak kena buat something yang sedapkan hati orang ja walaupun diri sendiri tak suka. dah tu, kat sana aku rasa macam invisible.

whatever i do, no one see it. whatever i said, no one heard it.

i'm not seeking too much attention, i just want to be treated as a normal girl. a girl who has feelings. a girl that has her own responsibility. a girl that could be hurt too much that she had negative thoughts in her mind. could you just be nice?

selain daripada tu, alhamdulillah setakat ni okay. result test 1 semester 1 pun aku rasa okay. walaupun subjek ekonomi aku kurang memberangsangkan. subjek lain setakat ni tak mengecewakan aku, tak la tinggi pun..cuma lepas separuh tu kira okay la kan huhuhu.
haritu test 1 ada subjek botani tanaman, tanaman ladang, kimia pertanian, quiz kenegaraan, prinsip ekonomi dengan CEL.

So lepas cuti ni maybe dah nak test 2 pulak. aku harap untuk kali ni aku boleh perbaiki lagi. insyaallah aku nak lepas 3.75. aku nak sangat dapat biasiswa. aku taknak susahkan parent aku dah. aku segan nak mintak duit dengan mak ayah.aku rasa macam aku ni menyusahkan ja.

rasanya, cuti sem baru balik kut. tu pun nanti bulan januari. hurm. takpalah, bersabarlah. kita ni nak menuntut ilmu. kena berkorban kejap untuk masa depan. insyaallah.

doakan aku yang terbaik :)


No comments:

Post a Comment