Dah la nanti balik sorang2, naik teksi sorang2 ke UPM, duduk sorang2 kat kolej. Ughhh.
Aku takut jugak bila pikir nanti kena skip kelas seminggu disebabkan program tu. Yelah orang tak pandai huhu. Anyway, orang lain bising2 kat twitter cakap boleh check result simulasi di smp walaupun tarikh result keluar dalam 14hb. Semua otak bijak pegi hack system haha. Aku pun cuba la jugak sebab nanti takut aku tak sempat check. Alhamdulillah kalau betul result official camtu kan lega haha. Bukan apa, ni first time tengok pointer lebih 3.00 :')
Lebih baik berbanding asasi haha.
Dah lama aku tak berblogging, meng-update bagai. Ni semua disebabkan line uspot kat serumpun yang menyakitkan hati haha.
Aku harap semester 2 nanti akan jadi lebih baik. Kena struggle lebih sikit sebab sem depan ada 19 jam kredit haha. Semoga tak lelah mencapai kejayaan dunia akhirat! *nasihat diri sendiri dan untuk kawan2* hehe. Sem depan aku ada ambil statistik, takut takuttt. aku dah la lemah bab calculation ni, even kimia pertanian ni pun macam menyusutkan kepala haha.
oh ya, adik aku pun dah boleh isi UPU. wah tak sangka dia pun dah habis sekolah dah. Nina dah takmau ambil subjek2 sains so dia cuma mau ambil TESL or bahasa inggeris.
Asasi Tesl UITM
Asasi Bahasa Inggeris UIAM
Asasi Sains Kemanusiaan UIAM
Dip. Bahasa Inggeris UPSI
Asasi Undang-undang UITM
Dip. Tesl UNISZA
Ni adalah hasil setelah berbincang dan survey dalam internet haha. Yang sains kemanusiaan tu actually aku yang macam excited sebab dia ada subjek psikologi hehe. yang lain tu memang ada kaitan dengan Inggeris lah. yang asasi undang2 tu sebab aku tengok, lepas asasi tu pun still boleh pilih nak sambung Bachelor Komunikasi kot.
Sebenarnya, aku teringin jugak nak isi UPU untuk diri sendiri. Entahlah. Well i just have to be grateful for everything. There is a reason why Allah let me be in this course. I dont know yet but alhamdulillah. Mak always told me to get good result so that i can further my study in Master and PHD. insyaallah :)
No comments:
Post a Comment