Tuesday, June 24, 2014

Perempuan Rare


kadang aku rindu jadi perempuan rare tu
semata mata hidup ni aku makin berubah
mencapai cigar yang mungkin sudah lemau dimasuki angin
memandang bintang yang pernah jadi saksi

sambil menghembus asap nikotin
aku pejam mata membayangkan
saat kita bertaut jari kelingking
merasai kehangatan hembus nafasmu

tapi itu hanya bayangan aku
kau tak pernah wujud
sekurang kurangnya bukan dalam dunia aku

perempuan rare ini tidak lagi wujud
hanya berada di perantara
mengharapkan kau juga mungkin akan ke dunia ini
menarik aku keluar
supaya perempuan rare itu terus jadi rare

kerana hanya perempuan rare yang boleh memiliki hatimu

No comments:

Post a Comment