Wednesday, November 6, 2013

i love to write write write


dari dulu aku suka menulis. tapi aku suka menulis yang macam dalam blog ni je lah haha. aku menulis tiada format. aku menulis bukan untuk contoh karangan spm kakaka. aku menulis ikut suka hati aku. aku menulis bila-bila aku suka. kadang satu hari ada dua post, kadang berbulan-bulan senyap langsung.

dalam penulisan jugak kita boleh tengok tahap matang seseorang tu. cuba tengok daripada awal post blog atau penulisan kau, ada beza la jugak kan? dulu tulis cerita merepek dan mungkin sekarang masih merepek tapi still acceptable? hahaha.

bagi aku, dalam berpuisi, bercerpen, atau buat cerita pendek ni ada gaya masing-masing. kadang tu sesetengah orang tak boleh terima. bising sana sini. kadang tu, orang boleh terkesan dan mungkin boleh mengubah seseorang tu. sebab tu jugak, aku suka membaca. aku tak kisah orang cakap hobi membaca tu macam hobi loser. ada gua kesah?

kalau dulu maybe aku suka membaca cerita-cerita, bukan buku ilmiah haha. sekarang pun sama saja. cuma pembacaan aku tu berlainan sikit. aku lebih suka baca buku keluaran FIXI, Terfaktab dan Lejen. entah lah, lagi kena dengan jiwa aku kut berbanding buku novel yang ala ala bertajuk "sebenarnya saya isteri dia" ataupun mana mana tajuk novel yang panjang panjang tu ahha. *sori ye peminat2 sekalian ahaks
bukan aku nak cakap novel yang lain tu tak bagus, eh bagus apa..ayat gramatis kut haha. aku dulu masa cuti pmr layang gak novel2 camtu hehe.

aku start baca novel jenis fixi ni sebab aku suka baca satu blog ni. blog Kontrol Histeria. daripada blog ni lah, aku bertambah minat membaca penulisan urban thriller. kadang ada gak jiwang2 ni tapi lagi sesuai dengan aku lah memandangkan aku takda la romantik pun haha.
aku pun suka buat puisi ni ahaha. kadang aku bantai ja. biarlah tak sedap pun, asalkan kena apa yang aku nak sampaikan. dulu jiwang sebab ada crush, sekarang puisi aku banyak yang meroyan ja huhu T.T

kadang bila aku menulis tu aku suka cari gambar2 dalam tumblr atau gallery gambar dalam internet ni. tak pun berdasarkan apa yang aku lalui hari tu atau minggu tu. lagipun aku ni peka sensitif sikit so semua benda aku ambil kisah hahaha.(im a observer)

tengok la, post ni pun dah panjang. entah orang baca ke tidak huhu.

maafkan saya membuang masa anda tapi jika anda pun berminat menulis, tulis lah. kalau taknak orang tau, diari kan ada haha. diari ni bukan tempat tulis feeling ja, cuba adaptkan diri anda..buka minda, guna perkataan yang tak pernah guna.  tulis dengan penuh perasaan. biarlah orang nak cakap apa. dont mind others. remember, what does the fox said?

HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment