Sekarang bukannya aku jadi rapuh, cuma saat ini aku perlukan satu pendorongan. Semalam bagi aku indah, walaupun hari semalam hari yang sejarah kerana ada demonstrasi / perhimpunan di Dataran Merdeka. Semalam aku ke PWTC dengan tujuan hanya satu, bertemu Penulis Kegemaran dan ya membeli buku! haha. Penulis Kegemaran jadi cashier untuk sepanjang Pesta Buku. Seperti tahun lepas, pertama kali aku jumpa secara live depan mata aku. Oh ni lah Petak Daud.
Buku indie pertama aku beli, Petak/Santun karya Petak Daud. Sebab aku beli? Adalah sebab aku tu haha.
Aku suka cara penulisannya. Dengan hasil stalk atau guna FB dan Google, aku jumpa page dia. Sejak hari tu, aku mula membeli buku buku puisi dan buku indie terbitan DubookPress. Buku Menuju Nafas Terakhir masih dalam proses untuk aku habiskan haha. Bulan lepas, aku ke ArtForGrabs di Pasar Seni dan jumpa Petak Daud ! Aku beli buku puisi terbaru dia, Seorang Perempuan di Jalan Alor. Yang bestnya, aku dapat tandatangan dan dapat bergambar hehe.
Semalam pun bergambar lagi hahahaha. Mungkin lepas ni boleh buat koleksi bila setiap kali jumpa. Kah! Tapi tak mungkin. Kerna si Penulis Kegemaran punya kegemarannya sendiri ;)
Apa pun, aku akan terus menyokong! Aku harap aku dapat kumpul balik karya karya aku yang tak seberapa tu untuk di-zine kan haha. Harapnya, salah satu copy dapat aku hand in ke Petak Daud. Wish me luck~
* ArtForGrabs 29/3*
No comments:
Post a Comment