Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Smile, you are beautiful :D

Biar orang kata apapun, you are who you are :)

Memang kadang-kadang ada orang rasa insecure tentang diri dia and trust me, aku pun sama. Memang kadang-kadang kita tak boleh nak halang mulut orang dan tak semestinya kalau kita tak pandai berfesyen atau tak pakai makeup tu hodoh.

Macam pepatah Inggeris, "beauty is in the beholder's eyes" atau lebih tepat lagi bagi orang yang suka menilai orang ni, "don't judge a book by its cover".
Tak semestinya orang yang tak berapa cantik ni busuk hati, dan orang yang cantik gorgeous ni baik hati. Lain orang, lain hati.

Orang lain cantik dengan cara dia. Kita cantik dengan cara kita.

Orang yang selalu puji kita tak semestinya ikhlas. Cikgu aku pernah cakap,
Kita sepatutnya bersyukur mempunyai musuh
(tapi bukan maksudnya kita perlu cari musuh ok)
Maksudnya, kalau ada musuh sekalipun kita patut bersyukur sebab musuh akan tegur kita sebab dia nampak kelemahan kita yang sebenar dan dia lebih jujur dalam menegur. Kalau ada kawan yang sudi menegur kita dengan jujur walaupun kadang-kadang benda tu menyakitkan hati kita tapi untuk kebaikan kita jugak kan. That is true friend. So jangan la ambil hati sangat kalau kawan tegur kita. Sebab dengan cara tu kita boleh memperbaiki kelemahan kita tu. :)
So to all girls and ermm boys?
just be who you are. dont fake yourself and try to live your life happily.

Saturday, March 26, 2011

beauty is important?

Kecantikan itu perlu?

Hurmm. Entahlah. Mungkin ya atau mungkin tidak. Dalam norma masyarakat zaman sekarang well i meant REMAJA zaman sekarang, kecantikan itu sangat perlu. Everything must be perfect. Im not pointing out to anyone. It's a general thing. Tak percaya? Cuba pergi mana-mana shoping complex, paling tak jauh pun dekat KLC. Mesti jumpa si PERFECT. Rambut lawa, putih melepak, well fashionable. Cemburu kan.

Well, i admit sometimes i just wish i can be like that. Well, its a dream. Sometimes aku tak kisah pun, sometimes jadi terlampau over, takut dipandang rendah sebab tak pandai bergaya. Kawan-kawan aku ada kebanyakannya yang jauh lagi lawa lagi cantik dari aku. Takpa aku sedar. Yang penting kita kawan mesti ikhlas. Tadi aku saja 'blog walking' dekat satu blog ni. Cantik gila tuan punya blog tu! I'm so jealous huhu. Siap ada tutorial nak jadi lawa lagi haa. Dasyhat tak?

Seriously aku tak pandai makeup, paling simple bedak, eyeliner, dengan lip balm. That's all.

Tapi, aku rasa tak payah la kut terlampau OVERLY PERFECT. Manusia tak sempurna kan. Bagi aku, setakat seorang pelajar ni biarlah orang anggap aku ni skema ke nerd ke. Asalkan aku hidup dengan aman, tak kacau hidup orang lain. Dan paling penting, biar kita skor dulu (tak habih-habih dengan SPM)

Aku minta maaf kalau ada yang terasa. :)
Sorryy!