Showing posts with label sweet. Show all posts
Showing posts with label sweet. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Hi jiran

Daripada perkenalan pertama sebagai jiran dan akhirnya disatukan.
Insyaallah Liyana Jasmay akan menjadi seorang isteri kepada Fathuddin Mazlan pada 24 Januari. ^^

Sweet kan?


Korang mesti dah tahu pun pasal pasangan ni kan. Aku suka sangat cerita cinta yang bermula sebagai orang asing dan akhirnya menjadi sepasang suami isteri. Lagi-lagi katanya Fathuddin ni senior kepada Liyana masa sekolah dulu. Hehe. Jodoh, memang kita tak boleh nak agak atau ramal. Semuanya Allah dah tentukan dari sejak kita belum lahir lagi.

Dan tak lupa juga kisah Irma Hasmie yang baru-baru ni juga telah melangsungkan pertunangan. Irma bertemu jodohnya di Makkah semasa dia mengerjakan umrah di sana.

Ohh sebelum terlupa, lagu terbaru Liyana Jasmay ni best sangat. Tajuknya 'Cinta Bersatu'.Dari sumber Berita Harian 29 Mac lalu, lagu ni menjadi dendangan eksklusif bagi Fathuddin. So sweeett! Aku nak tunggu video klip nanti hehe. Enjoy the song and get touched by the lyrics haha.

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Mood : Full Determination

Alhamdulillah, test JPJ motor dah lepas. Aku LULUS!
Hoyeah, lesen P dah ^^
Sesi 8 jam untuk kereta pun dah mula. Minta-minta la aku konfiden sikit. Kesian cikgu yang ajar aku tu dah ulang banyak kali still tak ingat, tapi nasib baik cikgu ni sabar dan sporting. Nasib aku dapat cikgu ni awal-awal kalau tak jenuh airmata mengalir dah aku rasa hahaha.

Aku dah mula bawa ke jalan raya, satu pencapaian yang membanggakan bagiku :P

Alhamdulillah setiap hari aku lalui lebih baik dari sebelum ni. Aku dah kuat, tabah. Tadi pagi baru selesai kemaskini UPU. Hmm insyaallah itu pilihan terbaik hehe. Aku nak capai cita-cita aku yang dulunya aku anggap angan-angan yang buang masa. Tapi dengan usaha aku, aku nak realisasikannya. Doakan aku :]

Aku suka sangat kisah cinta Liyana Jasmay, soo sweet hehe. Nanti aku post pasal tu pulak :D

Saturday, June 12, 2010

yahh, new header!!

Tau tak susah benar nak buat header ni, yelah disebabkan internet yang agak lembab dengan asyik sangkut-sangkut ja.
Akhirnya siap dengan berjayanya..horeyy!

Anyway, tadi pergi Tasik Mengkuang nak joging la katakan. Keluar la juga peluh. Hurmm, esok nak buat apa la pulak? Nak menghilangkan kebosanan yang tahap gaban ni, hahaha.

thank you for reading. Nahh, ada cokelat untuk awak semua..

Thursday, April 15, 2010

life is sweet

[ainnur yg suka posing,huhu]


[ni ammar ben-10]


[this is annisa, so cute eh?]
Well, esk my maksu nak balik sini from Johor. So, my mom pegi amik dkt airport lah.. Can't wait to see my cute lil cousins- Ainnur, Ammar and Annisa.
LOVE YOU GUYS!