Assalamualaikum
Jam menunjukkan pukul 2.49 pagi semasa aku menaip post ni. Waktu tidur aku dah terganggu sejak balik haritu. Kononnya penat, penat tido gamaknya. Aku tak tidur langsung haritu, nak cuba tidur pun tak boleh. Mungkin sebab cuaca sekarang yang panas bahang aku sedikit terganggu. Kalau dapat tidur, tidur lama sangat pulak. Haihh.
Tekak pun mula sakit, mula terbatuk-batuk. Kepala mula sakit.
Selama aku kat rumah, perkataan yang selalu aku ulang adalah 'bosan'. Bosan bosan bosan bosan. Padahal kat kolej dulu punya la tak sabar nak balik. Tapi aku rasa oke gak balik rumah. Asalkan ada di rumah bukan jauh di sana. Cuti 4 bulan kut. Kesibukan study semua aku tolak tepi dah, tapi bersedialah. Masuk degree, everything will messed up if you didnt prepare yourself roperly. Dah la 4 tahun. Ya Allah, semoga aku dapat kos yang aku ada minat or boleh bawak. Pasal kolej, hurmm aku nak stay K13 tapi merit aku mungkin tak cukup. Terpaksalah aku duk kolej lain.
Aku tak tau nak rasa gembira atau sedih. Tapi aku harapkan yang terbaik. Aku tahu Dia Maha Mengetahui. Aku redha dengan qada dan qadar-Nya.
No comments:
Post a Comment