Sempena hari Guru ni aku nak ucap Selamat Hari guru la kan takkan nak ucap Selamat Hari Krismas pulak haha. Terima kasih cikgu cikgu daripada Tadika Bukit Jenun, Tadika TakIngat, SK Kulim, SK Taman Kenari, SMK Sultan Badlishah dan para guru yang mengajar aku erti kehidupan. Selamat Hari Guru jugak untuk para pensyarah di ASPer hehe. Without you guys, siapalah Atiqah Hussain Sani ni hehe.
Actually post ni untuk membalas keterharuan aku. #ehh haha.
Terima kasih Ammar Izzati Amir Ramadan. (aku tulis nama penuh so bila hg google nama hg, hg akan jumpa post ni) terima kasih sebab jadi kawan aku selama 3 semester ni dan tak sengajanya hg boleh jadi kakak aku haha. Terima kasih teman aku cerita merapu merepek bagai, gosip2 sembang crush sembang bestie (hahaha)
Terima kasih selalu defend aku, teman aku lintas jalan, bawak aku jalan-jalan. Terima kasih bawa aku balik rumah hg sebab kadang duk lama2 kat kolej tu boleh gila kut haha. Terima kasih sudi ada dengan aku saat aku memerlukan ceewah dah jiwang pulak.
Dan aku minta maaf atas segala kesalahan aku samada kecik or besar. Selama hampir satu tahun ni of course ada salah silap kata kan, so aku minta maaf. From deep of my heart. Aku banyak terhutang budi terhutang duit dengan hg. Halalkan makan minum ya makcik haha.
How I Met Ammar Izzati?
Dunia ni kecil ja rupanya. Ammar ni actually kawan sekolah aku dari form 1 sampai form 3 kat SMK Sultan Badlishah. Tapi masa tu aku kelas lain. Kitaorang pun rasanya tak pernah sembang. Ye la aku ni shy shy cat haha. Lepas dia pindah MRSM, aku pernah tegur kat Friendster kut. So lepas tu, takdak apa-apa dah. masing-masing teruskan hidup.
Tarikh itu, 17 Mei 2012. Aku baru lepas letak barang dekat E403 kolej 13. Aku turun dengan mak aku nak pergi makan. Tiba-tiba ada orang tegur aku. Terkejut siak. Rupa-rupanya Ammar Izzati, orang yang aku tak sangka dan tak pernah tegur aku. haha. So sembang2 (aku tak ingat sembang apa), then aku bagi number aku sebab senang nanti nak pergi orientasi. And good news is she's on the same block. E305. untuk dua semester bilik kedua aku lah tu haha. Sampai kan roomate dia macam roomate aku dah. Terima kasih Nadia dengan Rara :) nanti aku pergi Sabah ya.
Sejak haritu, aku asyik berkepit dengan dia hahaha. Ye la, aku ni dah la tak pernah duk asrama, pemalu lak tu. Kalau takdak dia memang aku dah terkulat-kulat kat kolej tu. Walaupun nampak gangster, dalam hati ada taman. I tau U takkan mengaku haha. Then, barulah bertambah kawan-kawan. Nani, Farah, Zureen, Huda, Fatin ngn Amal. Geng Utara + Geng Selatan. Actually kami tak suka orang yang gelar macam tu. Tapi pekakkan telinga, no one can buy this kind of friendship :)
Dalam 3 semester tu banyak yang kita lalui. Sedih, gembira, gelisah muet, gelisah exam, gaduh2 manja, ter-touching sini ter-touching sana. tapi akhirnya look at us. We are still friends. kita dah macam family kan.
Lagi 4 bulan, insyaallah kita jumpa. Goodluck semua! Moga jumpa lagi ya. Love you muackss haha
No comments:
Post a Comment