Entah kenapa hujung minggu aku selalunya terasa lama dan kadang menyiksakan. Kalau dulunya aku masih boleh lepak dalam bilik walaupun tak buat apa-apa. Mungkin dulu, adanya teman sebilik yang selalu ada untuk borak, makan sekali, dan sama-sama tengok movie dalam laptop. Kalau tak pun, sama ada keluar dengan kawan-kawan atau lepak mamak. Tapi sekarang, kosong. Sunyi dan asing. Ini pun disebabkan cuti semester dan aku tak ada kelas pada hujung minggu. Ya, kelas aku selalunya pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari minggu biasa, aku bekerja.
Scroll timeline dan ternampak gambar-gambar junior baru nak mula intern. Ada yang di Malaysia aja, dan ada yang ke luar negara. Aku teringat tentang 'kisah' setahun yang lepas. Mungkin pada waktu ini, masa tahun lepas, aku sedang gundah memikirkan apa yang patut aku ceritakan kepada mak ayah. Barang-barang dah siap beli dan letak dalam bagasi ungu di atas lantai. Macam-macam dah aku sediakan dan membuat perancangan dengan kawan-kawan aku. Entahlah, mungkin ya betullah perancangan manusia tak sempurna seperti perancangan Dia. Setiap kali kau pandang bagasi besar dalam bilik kau tu, kau rasa macam kosong. Tak tahu nak buat apa. Sepatutnya kau sediakan untuk satu musim yang lain, tapi kau kena kemas siapkan semula. Sarung tangan aku keluarkan, baju tebal aku keluarkan, dan baju sejuk yang aku beli bundle aku simpan kemas dalam almari. Segala perih kau ulang alik ke sesuatu tempat jadi macam sia-sia. Aku jadi marah. Marah, bengang dengan perangai manusia yang isi perutnya hanya tahu duit tak kisah halal haram. Apa boleh aku buat? Nak atau tidak, aku terpaksa mengubah semua perancangan. Sekarang, hal itu pun masih belum selesai. Kisah satu tahun dan masih belum selesai.
Aku cuma yakin yang perancangan yang tak jadi itu, sedikit sebanyak telah mengubah jalan kehidupan aku. Aku belajar macam-macam walaupun kadang aku terfikir apa sebabnya. Do I deserve this? Aku agak negatif dua tiga bulan pertama, dengan pelbagai dugaan yang jadi kat sana. Kemudian, satu satu benda yang jadi aku nampak hikmahnya. Pejam celik, aku dah habis pun intern. Aku dah graduate pun. Itu lah, cuma hari ini aku terdetik nak cerita.
Mungkin sekarang marah itu sudah kurang, dan masing-masing memilih untuk senyap. Mungkin tidak selesai di dunia, mungkin selesai di sana.
No comments:
Post a Comment