Dah lama tak berblogging dan aku rasa sangat awkward haha. Alhamdulillah aku dah lepas MUET pada hari Sabtu yang lepas. Teka lah kitaorang pergi mana Ahad lepas?
COSMO WORLD, BERJAYA TIMES SQUARE!
Bak kata Amir, semua pakat batak duit KPT haha. Mentang-mentang lah duit baru masuk untuk semester 2 ni. Nasib baik i ni berjimat cermat hewhewhew. Idea nak main kat situ ialah daripada cik Ammar hehe. Haritu jugak first time aku makan Tempura Udon kat foodcourt situ. Rasanya sangat blerghh =.=
Okay menyesal kejap tapi keinginan aku nak cuba tu memang tahap tinggi, nanti aku nak makan mi ramen pulak boleh? haha
Aku pernah main dah kat situ sebelum ni tapi masa tu aku still tak lepas had ketinggian. So aku dengan 'berani'nya naik rides yang gayat menakutkan tu. The most recomended rides yang nak bagi kau pening muntah-muntah adalah DNA Mixer. Tapi pastikan kau pakai something yang takkan terbuka or terangkat macam skirts ke, gaun ke. Tudung tu kena kemaskan jugak takut nanti turun-turun ride tu tudung dah hilang huhuhu.
Anyway lepas dah slow down sikit, kami naik rides budak kecik..sangat comel hee~
Next mission, shopping :3 Thanks again. Dari kiri : Tqh, Farah, Ammar, Zureen dan Nani. Sayang hampa ♥
Ermm aku kan tak rajin berblogging, tapi banyak aktiviti aku dah buat dan tak sempat nak tulis so aku lempar kat post sini dah la ye.
Weekend yang lepas group kelas aku konvoi pergi Seremban. Dua kereta ja pun haha. Tujuan utama nak melawat Ain Z..lepas tu paham-paham la, kitaorang pergi Port Dickson :) Happy sangat time tu. Sangat memorable :')
Haritu UPM buat teater amal untuk Somalia, mula-mula aku tak nak pergi pun tapi sebab roommate aku Shol ada link nak beli tiket so aku ajak la Ammar pergi tengok. Aku pergi tengok yang hari pembukaan saja. Tajuk cerita Noktah, Cerai dan 7 Oktober. Yup, love stories.. =.=
Ketiga-tiga teater tu boleh la tahan, kagum dengan gaya lakonan.. well done well done. Nasib baik orang tu tak merungut hahaa.
Asyik berjimba sangat sampai lupa 19.11 ni dah Test 2! Sekarang aku kat Johor, hari Jumaat baru balik. Aihh penat..nanti souvenier aku cari ye haha.
Aku teringin nak berblogging macam dulu, sebab aku jealous tengok orang rajin update dengan gambar-gambar..tapi nak buat macam mana, Uspot kolej lambat, aku sidikit sibuk, pointer tak mengizinkan aku leka online haha. Apa-apa pun bekalan buku dah aku usung dari bumi Serdang sampai Bandar Tampoi ni. Doakan aku hee :3
[teringat masa aku first time datang stay Johor :')]
No comments:
Post a Comment