Showing posts with label asasi life. Show all posts
Showing posts with label asasi life. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Throwback ke Flashback? haha

Assalamualaikum :)

Sempena hari Guru ni aku nak ucap Selamat Hari guru la kan takkan nak ucap Selamat Hari Krismas pulak haha. Terima kasih cikgu cikgu daripada Tadika Bukit Jenun, Tadika TakIngat, SK Kulim, SK Taman Kenari, SMK Sultan Badlishah dan para guru yang mengajar aku erti kehidupan. Selamat Hari Guru jugak untuk para pensyarah di ASPer hehe. Without you guys, siapalah Atiqah Hussain Sani ni hehe.

Actually post ni untuk membalas keterharuan aku. #ehh haha.

Terima kasih Ammar Izzati Amir Ramadan. (aku tulis nama penuh so bila hg google nama hg, hg akan jumpa post ni) terima kasih sebab jadi kawan aku selama 3 semester ni dan tak sengajanya hg boleh jadi kakak aku haha. Terima kasih teman aku cerita merapu merepek bagai, gosip2 sembang crush sembang bestie (hahaha)
Terima kasih selalu defend aku, teman aku lintas jalan, bawak aku jalan-jalan. Terima kasih bawa aku balik rumah hg sebab kadang duk lama2 kat kolej tu boleh gila kut haha. Terima kasih sudi ada dengan aku saat aku memerlukan ceewah dah jiwang pulak.

Dan aku minta maaf atas segala kesalahan aku samada kecik or besar. Selama hampir satu tahun ni of course ada salah silap kata kan, so aku minta maaf. From deep of my heart. Aku banyak terhutang budi terhutang duit dengan hg. Halalkan makan minum ya makcik haha.

How I Met Ammar Izzati?

Dunia ni kecil ja rupanya. Ammar ni actually kawan sekolah aku dari form 1 sampai form 3 kat SMK Sultan Badlishah. Tapi masa tu aku kelas lain. Kitaorang pun rasanya tak pernah sembang. Ye la aku ni shy shy cat haha. Lepas dia pindah MRSM, aku pernah tegur kat Friendster kut. So lepas tu, takdak apa-apa dah. masing-masing teruskan hidup.

Tarikh itu, 17 Mei 2012. Aku baru lepas letak barang dekat E403 kolej 13. Aku turun dengan mak aku nak pergi makan. Tiba-tiba ada orang tegur aku. Terkejut siak. Rupa-rupanya Ammar Izzati, orang yang aku tak sangka dan tak pernah tegur aku. haha. So sembang2 (aku tak ingat sembang apa), then aku bagi number aku sebab senang nanti nak pergi orientasi. And good news is she's on the same block. E305. untuk dua semester bilik kedua aku lah tu haha. Sampai kan roomate dia macam roomate aku dah. Terima kasih Nadia dengan Rara :) nanti aku pergi Sabah ya.

Sejak haritu, aku asyik berkepit dengan dia hahaha. Ye la, aku ni dah la tak pernah duk asrama, pemalu lak tu. Kalau takdak dia memang aku dah terkulat-kulat kat kolej tu. Walaupun nampak gangster, dalam hati ada taman. I tau U takkan mengaku haha. Then, barulah bertambah kawan-kawan. Nani, Farah, Zureen, Huda, Fatin ngn Amal. Geng Utara + Geng Selatan. Actually kami tak suka orang yang gelar macam tu. Tapi pekakkan telinga, no one can buy this kind of friendship :)

Dalam 3 semester tu banyak yang kita lalui. Sedih, gembira, gelisah muet, gelisah exam, gaduh2 manja, ter-touching sini ter-touching sana. tapi akhirnya look at us. We are still friends. kita dah macam family kan.

Lagi 4 bulan, insyaallah kita jumpa. Goodluck semua! Moga jumpa lagi ya. Love you muackss haha















Monday, May 6, 2013

Goodbye Asper 8

Assalamualaikum dan selamat hari-hari anda eh? haha

Tanggal 3 Mei 2013, maka tamatlah satu gelaranku sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian 2012/2013. ID AS03202 tiada lagi untukku. Actually, pada tarikh tu kita masih lagi berjuang untuk kertas terakhir --> Statistik!Alhamdulillah paper yang semua orang tertunggu-tunggu dah lepas. Special thanks to Dr K yang sentiasa baik hati hehe.

Malam tu jugak, aku berkemas dan pulang. tapi malang sikit bagi aku bukan pulang ke Kedah. Aku menumpang rumah Ammar selama 4 5 hari. Mak dan Ayah hanya dapat ambil aku pulang pada 9hb. Semua sebab apa? Sebab PRU13. Yup, 5 Mei 2013 semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah jugak, semua dah selesai. Tamat tempoh berkempen, tamat masa mengundi, tamat masa percaturan, dan sekarang aku berharap tamat segala bingit kelahi politik di timeline laman sosial samada di FB atau Twitter.

4 Mei 2013, aku ke PWTC untuk Pesta Buku Kuala Lumpur 2013. Dan aku dah habiskan RM150 baucer buku hanya untuk buku-buku FIXI LEJEN, DuBook Press, Sang Freud Press dan Terfaktab. OMG OMG haha. Akhirnya hajat tercapai. Gambar? Sabar menanti ya.
Dan tarikh itu akan aku ingat. Otak, tolong jangan lupa setiap saat itu. Aku mahu kenang selagi mampu.
Terima kasih, entah kenapa aku rasa terharu walaupun itu mungkin biasa bagi yang lain. Satu pinta dari hati kerdil ini, jangan lupakan aku!

Minat menulis aku dah kembali. Terima kasih #SeksiOvari dan #LangitVanilla. Kata si Promoter, buku-buku ini satu luahan kata seorang perempuan. Kebanyakannya boleh aku relate dan faham. Mungkin satu hari nanti aku juga boleh berkongsi puisi, prosa dengan orang lain hehe. Amin. :)

Sunday, February 10, 2013

satu ujian :')

Assalamualaikum~

Nampaknya aku rajin berblogging hahaha, mana taknya twitter tak aktif hehe. Im home! Im home! Tapi kejap ja sebab cuti CNY kan, 12hb ni nak balik dah. haihh. Benda sedih jadi minggu lepas. Sedih plus rindu!

Aku rindu bilik E403 aku, rindu roomates aku. Kenapa? Kenapa?
Pada 5 Februari lepas, aras 5 blok E (Zuhrah) terbakar. Punca mungkin litar pintas. Benda tu dah pernah jadi sebelum ni, dalam sem 2 kut. Pastu tiba-tiba jadi lagi, nasib baik hari siang. Masa tu tak ramai kat kolej, aku dan roomate aku Akmar je ada. Petang tu aku turun ke dataran Pheonix, tiba-tiba dua kereta bomba masuk kolej dan ke bahagian blok perempuan. Aku ingatkan orang yang dikhabarkan tak siuman tu orang dah jumpa, rupanya ada bilik aras 5 tu, siling bumbung runtuh! :O

Mula-mula tu kalut jugak jadinya, takut takut ada orang cedera ka..tapi masa tu aku terpikir roomate aku sorang tu haihh, nasib baik masa aku call dia dia dah ada bawah. Macam nak nangis huhu.

Lepastu, kak shikin suruh semua siswi blok E berkumpul kat dewan andromeda. Ada taklimat sikit bla bla, atas sebab keselamatan ,kitaorang diberitahu kena pindah bilik, SEMUA ORANG KOSONGKAN BLOK E! So barang-barang tak boleh tinggal langsung. Sedih! Banyak barang yang kena kemas dalam masa tu petang tu juga sebelum hari gelap. Tu satu berita sedih, satu lagi berita sedih ialah aku terpisah dengan roomate aku :'(
Disebabkan bilik 402 tu tak cukup 6 orang so aku diserap masuk hurm. Semua bilik lepas aku tu pun sama, seorang akan terpisah dengan roomate. Cuma aku lega la jugak, ada classmate aku sorang dan diorang yang lain pun aku pernah sembang so tak la awkward sangat herher.

Sedih sangat. Aku sayang korang budak-budak E403. Aku sayang kau semua Tasnim, Akmar, Rayhan, Echa dengan Sholeha. Sekarang aku kena mula yang baru :'( Dah dua sem kita sama-sama. Aku dapat bilik G501 (tingkat 5 tu!!) diorang ke bilik H205. Diorang pun dapat roomate baru sorang haha. Lagi sedih, Ammar pun kena pindah jauh dari aku, bilik F104. So roomate baru aku, Syifa, Farahiya, Alia, Inas dan Aqila. Hope we can be good roomates :') Aku terperosok jauh ditingkat 5, kitaorang panggil penthouse haha. Aku akan melawat korang, jangan lupa melawat aku ya haha :')


So, nak hilangkan stress tu kejap, aku balik rumah. Tapi tak rileks sangat pun, test 1 sedang berlangsung. hmm, aku harap kali ni aku dapat buat dengan baik, amin. thanks for all your wishes and your love. Ya Allah, bless my family and my friends. I love them all. :3


 [gongheifachoy]

Monday, February 4, 2013

musim berperang lagi :)

Assalamualaikum dan selamat errmm pagi?
Tiba-tiba ja aku rajin nak update blog pukul 2 pagi ni. Motif? Bosan dan masih belum mengantuk. Lagipun aku tengah nak siapkan lab report bio ni. Perah perah otak, tak dak apa-apa pun? haha =.=

Kesempatan uspot laju sikit sebab orang dah tidur ni, so senang la aku nak bukak. Yang paling best, budak degree cuti so, pesaingan uspot pun berkurang haha. Musim berperang akan tiba lagi, test 1! test 1!
Pastu ada gap nanti untuk CNY, aku balik rumah jap then sambung berperang hehe.

2 3 hari lepas aku tak boleh nak tidur dengan tenang. Asyik terjaga saja. Terjaga then, tak terlelap balik. Rasa macam tutup mata saja. Otak taknak tidur. Kalau tertido pun mimpi yang bukan-bukan. Campur habis semua. Sampai realiti ka mimpi ka macam sama. Haihh. Apa sebab ya?
Mungkin aku banyak pikir sangat kut. Pasal nak sambung degree, pasal pointer, pasal test, pasal assignment yang bertambah setiap hari.

Yang pasal nak sambung degree tu aku rasa complicated sangat. Memang kalau boleh aku nak stay ja UPM, tapi kalau la aku dapat course yang aku tak minat atau course yang aku tak boleh nak pikir masa depan, macam mana? Takut menyesal nanti. Ada ja suggestion nak ambil diploma ja. Tapi masa jadi panjang dan aku rasa sayang nak tinggalkan bumi Serdang ni walaupun banyak benda yang kadang buat aku nak lari dari sini ja haha. agak-agak kalau aku sambung diploma kat UPM kat Bintulu tu, aku boleh hidup tak? haha. Banyak option yang asyik muncul depan aku 2 3 hari ni. Even mak aku pun call bagitau pasal UniKL kat Ipoh tu. Mak macam excited ja nak aku pergi.

Dulu memang aku dapat foundation UniKL, tapi aku takut swasta. Kalau boleh aku taknak la family aku rasa terbeban dengan bayaran tu, tapi lepas mak aku cerita panjang-panjang pasal MARA, rasa okay pulak haha. konpius konpius..

Tapi for sure kalau boleh walaupun masih dalam UPM, aku nak sangat dapat course yang aku minat tu dan dapat stay kolej baru :3 (k17) hehe. *harap ini bukan hanya angan-angan

[goodluck.chaiyok.ganbate.semoga berjaya]    


Sunday, January 13, 2013

HELLO SEMESTER 3 ASPER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hehew.

Cuti sem dah habis oii. hahaha. Harini aku akan bertolak balik ke bumi Serdang. Pulang ke rumah kedua, Kolej Ke-13, Universiti Putra Malaysia. Insyaallah ni adalah semester yang terakhir aku sebagai budak asasi haha. Bulan 5 ni insyaallah dah habis, duk rumah melangut tengok tv saja haha. Tapi ada plan la, nak kerja kut kerja dengan maksu aku kat Johor :3

Apa apa pun, aku wish korang semua happy happy kat tempat belajar korang, tak kira la kat sekolah ka universiti ka. Appreciate it while you can. Aku rindu gila nak balik Badlishah. Actually aku rindu nak jumpa kawan-kawan aku balik. :')

Untuk semester 3 ni,  aku harap aku dapat fokus lebih dan kurangkan berangan. I WANT TO BE A BETTER PERSON, BETTER DAUGHTER. Aku doa semoga aku dapat pointer yang boleh bawak aku untuk course yang aku minat : Sains Kesihatan. So, aku nak stop dulu twitter haha. Aku tak sabar ank tengok apa pulak yang akan jadi semester 3 ni. Haihh. Semester 2 , secara konklusinya agak speechless la haha. Takda apa-apa pun sebenarnya, just aku ni banyak main-main. Sementara tu, yes I must avoid any feelings yang boleh bawak aku jatuh. Hehe.

Aku tak sempat nak upload banyak gambar dari semester 2. Ahh biarlah, biar memori tu kekal saja haha. Aku dengar sem ni banyak benda menarik nak jadi hahaha. Nanti ada dinner asasi, dinner kolej dan macam-macam lagi? Aku harap semua ni berjalan dengan lancar. Aku harap juga orang tak mula benci aku haha.

Aku terbaca blog kawan lama aku, buatkan aku lagi rindu kat diorang. Aku pun kat sini takkan rasa gembira seperti aku dengan hampa semua. I wish my studies were better than this. I wish I could turn back time. I wish the foundation are a lot easier than this. I'm suffering, suffering from self-deprived and low self esteem. I'm lack of confidence. Yeah, I'm happy here with the environment, friends, the people but there's something lack of. maybe the warmness, oh i dont know haha.

Tu je la kut, beg sudah di kemas, tinggal nak siap-siap dan ke stesen bas. GOODBYE KULIM, HELLO SERDANG :)


Wednesday, January 9, 2013

Hello Hello :3


Assalamualaikum dan selamat pagi!
Aku ada kat Kulim ni hohoi. Aku dah balik dari 4hb haritu lagi ni baru ada mood mahu menulis. Aku tak tahu nak tulis apapun cuma nak bagi tahu yang sekarang ni aku tengah cuti semester~
13hb nanti aku dah masuk semester ketiga! Cepat bebenor la masa berlalu.

Haritu aku tulis post pasal crush kan, well i just want to say la yang lebih baik kau avoid crush yang hotstuff haha. Susah tahu kalau dia pun ada crush hotstuff. Siapa tandingan kau? kalau aku, memang tak la kan aku kalah awal-awal so aku back off awal-awal hahaha. Tapi aku bukan back off terus la still ada la jugak kemunculan tu haha. *apa aku merepek ni =.=

Satu benda yang aku dapat based on my experience dan experience kawan-kawan aku. HUMAN ARE COMPLICATED! Jangan kata perempuan ja complicated, lelaki pun okay.

So, dah nak masuk Sem 3 kan. Lagipun dah masuk tahun baru 2013~ Azam baru semangat baru (kot). Aku dah usaha nak jauhi twitter tapi aku selalu tewas haha. Lagipun you know why la aku suka lekat dekat twitter tu hehew. Aku harap sangat sangat sangat aku tak addicted sangat kat twitter. Dah final sem kut, kalau pointer teruk jugak nanti degree nak campak aku kat mana :/

Insyaallah, aku akan capai gak minat aku dalam bidang Sains Kesihatan walaupun niat nak ambik Medic tak lepas. Sedih kut.
Apa pun aku harap sem 3 ni, ada perubahan dan aku tak lalai lagi. Wish me for the best. :)

Saturday, December 1, 2012

test 2 sem 2 done~

Alhamdulillah Test 2 bagi semester 2 ni dah lepas. So lepas ni tunggu exam final je lahh. Dalam masa seminggu ni results pun dah keluar. Aku baru dapat results Agriculture, Biology dan Chemistry. Subjek Agric dan Bio tu alhamdulillah la. Memuaskan :')
Untuk subjek Chem pulak, agak mengecewakan sebab tak sampai target aku.
Subjek kiraan ni memang buat aku pening. Physics dengan Math buat aku sedih huhu.

Minggu ni jugak macam-macam jadi. Perasaan aku pun jadi kacau. Aku takut aku takut sangat. Aku sedih sedih sangat. Hati aku jadi berat.

Tapi setakat ni aku masih okay. Aku nak mulakan lagi sekali. Aku nak cuba usaha lagi. Aku nak capai apa yang aku nak dengan bantuan daripada doa mak ayah :')
Walaupun aku tak dapat nak memegang title Doktor tu tapi aku akan usaha juga nak masuk fakulti perubatan tu. Aku nak sambung degree dalam something yang aku minat, bukan terpaksa.

Aku rasa macam nak balik kejap, tapi bukan dalam masa seminggu saja. Aku nak balik sampai aku boleh rasa tenang. Aku nak duduk rumah belajar sampai pandai baru aku sambung asasi balik boleh? hehe okay lawak tak jadi. Tapi bagi aku, kehidupan kat asasi ni selama ermm 7 bulan ni boleh la tahan. Dapat kawan baru, dapat pengalaman-pengalaman yang tak boleh lupakan. cuma dalam study ja aku kureng sikit huhu.

untuk si kawan rapat tu, aku minta maaf buat kau rasa rimas. aku tak bermaksud nak buat kita jauh macam ni. aku dah jadi takut untuk tegur kau sebab aku rasa kau benci aku. mungkin aku cepat terasa dan aku belum cukup matang untuk fikir pasal cara kau. aku tahu kau cuba baik dengan semua orang. kau dah ulang ayat yang sama kat aku berulang kali yang kau ni banyak benda nak fikir. aku tahu kau ada masalah, kita semua ada. aku buat semua tu sebab aku kehilangan kau, tapi mungkin cara aku salah kut. sorry taw. aku cuma harap lepas ni kau masih sudi tegur aku.

aku bukan nak jauhkan diri dari kau atau buang kau. aku cuma nak beri kau ruang.

Tuesday, November 13, 2012

berjimba jimba haha =.=

hey hey semuaa!
Dah lama tak berblogging dan aku rasa sangat awkward haha. Alhamdulillah aku dah lepas MUET pada hari  Sabtu yang lepas. Teka lah kitaorang pergi mana Ahad lepas?

COSMO WORLD, BERJAYA TIMES SQUARE!

Bak kata Amir, semua pakat batak duit KPT haha. Mentang-mentang lah duit baru masuk untuk semester 2 ni. Nasib baik i ni berjimat cermat hewhewhew. Idea nak main kat situ ialah daripada cik Ammar hehe. Haritu jugak first time aku makan Tempura Udon kat foodcourt situ. Rasanya sangat blerghh =.=
Okay menyesal kejap tapi keinginan aku nak cuba tu memang tahap tinggi, nanti aku nak makan mi ramen pulak boleh? haha

Aku pernah main dah kat situ sebelum ni tapi masa tu aku still tak lepas had ketinggian. So aku dengan 'berani'nya naik rides yang gayat menakutkan tu. The most recomended rides yang nak bagi kau pening muntah-muntah adalah DNA Mixer. Tapi pastikan kau pakai something yang takkan terbuka or terangkat macam skirts ke, gaun ke. Tudung tu kena kemaskan jugak takut nanti turun-turun ride tu tudung dah hilang huhuhu.

Anyway lepas dah slow down sikit, kami naik rides budak kecik..sangat comel hee~

Next mission, shopping :3 Thanks again. Dari kiri : Tqh, Farah, Ammar, Zureen dan Nani. Sayang hampa  ♥

Ermm aku kan tak rajin berblogging, tapi banyak aktiviti aku dah buat dan tak sempat nak tulis so aku lempar kat post sini dah la ye.

Weekend yang lepas group kelas aku konvoi pergi Seremban. Dua kereta ja pun haha. Tujuan utama nak melawat Ain Z..lepas tu paham-paham la, kitaorang pergi Port Dickson :) Happy sangat time tu. Sangat memorable :')

Haritu UPM buat teater amal untuk Somalia, mula-mula aku tak nak pergi pun tapi sebab roommate aku Shol ada link nak beli tiket so aku ajak la Ammar pergi tengok. Aku pergi tengok yang hari pembukaan saja. Tajuk cerita Noktah, Cerai dan 7 Oktober. Yup, love stories.. =.=
Ketiga-tiga teater tu boleh la tahan, kagum dengan gaya lakonan.. well done well done. Nasib baik orang tu tak merungut hahaa.

Asyik berjimba sangat sampai lupa 19.11 ni dah Test 2! Sekarang aku kat Johor, hari Jumaat baru balik. Aihh penat..nanti souvenier aku cari ye haha.

Aku teringin nak berblogging macam dulu, sebab aku jealous tengok orang rajin update dengan gambar-gambar..tapi nak buat macam mana, Uspot kolej lambat, aku sidikit sibuk, pointer tak mengizinkan aku leka online haha. Apa-apa pun bekalan buku dah aku usung dari bumi Serdang sampai Bandar Tampoi ni. Doakan aku hee :3

[teringat masa aku first time datang stay Johor :')]      

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha :)

Hahahah ni post ucapan awal. Sebab aku tahu nanti aku lambat nak ucap. Untuk para muslimin dan muslimat, selamat menyambut Hari Raya Aidildha..

Alhamdulillah masih berkesempatan lagi bagi kita untuk meraikan hari yang penting dalam Islam. Dan yang seronoknya, aku balik Kulim esok! yayy, sepatutnya aku kena tidur sekaramg sebab esok kena siap bergerak pada pukul 6.45 pagi! tapi aku ada kerja kena buat. sedih sedih~

Test 1 sudah selesai. Alhamdulillah. Hilang sedikit kalut di otak ni. Tapi lepas balik cuti ni kesibukkan tu akan menghampiri semula. Test 2 is coming!! STUDY TQAH STUDY!
MUET dah lepas! hehe baru speaking test la, yang lain belum lagi hehe.

Anyway wish me luck for tomorrow and so on. Love me wont you? :3

Saturday, October 20, 2012

ni hao ma :)

pejam celik pejam celik,
dah test week pun!!!! haha. Test 1 bermula daripada 10 Oktober sampai 24 Oktober. 25 haribulan aku nak balik yayy!! Tiket dah beli :3

Alhamdulillah test kali ni aku rasa senang sikit masuk kepala. Sebelum ni asyik rasa serabut ja hoho. Tapi masih lagi dalam 'progression'. Sejak kena tegur dengan amir haritu aku dah tak bertwitter. Handphone kesayangan tu pun dah tak berapa nak lekat dekat tangan aku ni. Lagipun mood untuk online dan meng'stalk' orang dah berkurangan.

Yang penting, birthday aku dah lepas! 12.10.2012 aku dah officially 18! Terima kasih buat kawan kawan yang wish birthday dan bagi hadiah. Sweetnya korang hahaha.
Kitaorang takde buat celebration pun sebab masa birthday aku tu ada paper Math. Esok tu baru aku keluar ke Mines~ ngehngeh

Semenjak Sem 2 ni aku sibuk la jugak, sebab tugas aku sebagai Setiausaha Exco Kebajikan ASPer bermula. Kena buat minit mesyuarat la, proposal la, buat fail la...pening tu pening la jugak bila baru2 ni proposal aku buat kena reject..adoyy.
hurmm kena buat lain huhu.

Hari semakin hari, aku dah makin rapat dengan kawan-kawan aku. Aku dah 'masuk' dengan orang lain. Aku dah makin rapat dengan orang, tak introvert person lagi dah kut haha. Tapi ada orang tu dah makin menjauh, aku pun tak pasti..mungkin salah aku sendiri buat dia rasa tak selesa. Aku mengaku aku annoying kadang kadang. =.=

aku rindu kau sebab nak tampar kau lelaju haha.

Friday, September 21, 2012

First week of SEM 2.

Assalamualaikum :)

Okay alhamdulillah dah masuk pun semester 2. Kelas pun dah mula. Ada hari yang packed jadualnya. Sibuk tu sibuk la jugak. Minggu ni pun ada sukan interblok. Pagi pergi kelas, petang ikut ammar main netball. For the record, aku tak main sebab aku tak pandai. Seriously, apa-apa rules dalam game tu pun aku tak tau. Apa tugas position lagi la tak tau. haha =.=

Tapi insyaallah aku akan masuk jugak apa apa untuk berbakti kepada BLOK E hehe.

Kelas pun dah ajar kursus baru. haritu first time aku tak tidur langsung dalam kelas Biology. Bangga sedikit di situ hahaha. Result sem 1 pun dah dapat. Tak payah nak bagitau kut. Rendah saja. huhu. Insyaallah sem 2 ni. Insyaallah. :)

walaupun haritu aku sedikit kelam kabut tapi aku berjaya ketepikan sebentar semua tu. walaupun bukan seratus peratus tapi aku still boleh tarik nafas lega.
aku taknak membebankan otak aku, taknak membebankan orang lain. aku benci bila aku simpan harapan. sebab kadang aku simpan harapan yang salah. aku macam tak pernah serik. sekarang yang penting aku taknak pikir. positif sikit huhu.

Pencapaian setakat ni : tak bertwitter dalam kelas haha.

mak ayah, terima kasih mendoakan tiqah. insyallah tiqah akan buat terbaik untuk mak ayah. dan insyaallah kita jumpa lagi.

Tuesday, September 11, 2012

sambg. SEM 1 :)

 ni la pakaian rasmi dalam lab hahaha. nt really. tapi kitaorang kena pakai lab coat kalau kelas amali. tak kira chemistry ka physics ka biology ka. 
 Masa ni kitaorang ramai-ramai jalan ke Sri Serdang semata mata nak beli KFC untuk buat kenduri kesyukuran haha. Actually ni untuk majlis perpisahan untuk Faiz Zuki yang ke INTEC.
 Ni Avin, dan Amir. Amir ni ketua kuliah kitaorang.
 Amali pertanian :D
 geng Kedah haha. Zureen, aku, Ammar dan Farah. Masa ni ada majlis Berbuka Puasa Perdana. Kitaorang jadi usher menghidang makanan hehe.
Time kitaorang ke War Games dekat Tanjung Malim, Perak.

Tak banyak sangat gambar aku letak sebab yang lain tu nak jaga privacy orang huhu. Tu je la sedikit sebanyak memmoir. So harap-harap lepas ni lagi gempak la ye :)

Just some memoir in SEM 1. :)

Hai hai :)

Okay, saja pagi ni aku nak menulis balik pasal kenangan kenangan masa aku semester satu di Asasi Sains Pertanian dan Kolej ke-13. Ada kenangan manis, ada kenangan pahit. Tapi kebanyakannya mengajar aku erti kedewasaan. Hurmm macam pernah ja dengar ayat ni haha.

masa dapat tawaran ke UPM memang aku tak tau samada nak gembira atau sedih sebab aku sendiri tak pasti pilihan aku haha. Tapi bila difikiran balik okay gak kan masuk asasi huhu. Dan yang penting ni adalah pertama kali aku nak rasa duk asrama huhu. mula-mula aku takut gak sebab aku bukan jenis cepat berinteraksi dengan orang. Aku pemalu kan hahaha.

Sebenarnya dalam surat tawaran, aku dapat Kolej Canselor. Aku dah siap google lagi kolej tu mcam mana. Tapi bila dah daftar, aku rupanya dapat Kolej ke-13. Dapat bilik E403. yup, tingkat 4 =.=

Kat sini la aku kenal dan rapat dengan orang. Ye la bila nak ke tandas atau water cooler mesti terjumpa orang kan. Masa tu la nak bertegur sapa. Dan sebenarnya, lepas aku join persembahan masa Ladies Night tu yang aku bertambah tambah kawan hehe.

kat asasi ni jugak la aku terkejut tengok ramai sangat orang pandai pandai haha. Kebanyakkannya dari sekolah MRSM atau SBP. memang aku terus lemah semangat lepas Test 1. Semangat nak belajar tu dah lari huhu.

kat dalam kelas ada wifi, memang lagi tak fokus la aku. actually kalau aku nak cerita semua yang jadi masa sem 1 memang tak cukup sehari kan. so aku cerita sikit2 la haha.

Things that I got:
dapat kawan ramai dari serata negeri
dapat keluar jalan2 di KL tanpa parent
belajar naik KTM, LRT
sedar ada orang lagi dasyat dari aku =.=
crush ^^
orang ada macam macam perangai
baru nak beljar secara study group haha
belajar pertanian
dapat kawan yang caring dan lagi bijaksana
susah nak capai target kalau takdak usaha

tu baru sedikit, aku pun tak tahu nak tambah apa lagi haha. nanti kau letak gambar saja lah haha. kenangan pahit? macam-macam jugak. Antaranya fail certain subjek tu, dipinggirkan, dll huhu.
 ni gambar kelas aku, tapi dah ada 5 orang yang keluar sebab tawaran MARA/JPA.
 ni 2 daripada 5 roomate aku. Sholeha dgn Rayhan. yang lain tu Tasnim, Cha, dgn Akmar
 ni aku dgn Penolong ketua kelas, Hana hehe. Abaikan muka aku tu =.=
 ni best friend aku kat sana.Ammar Izzati :) Dia la yang selalu teman aku, dia yang jadi 'kakak' aku tapi kdang aku jadi 'mak' dia haha. Dia ni dulu satu sekolah masa Form 1 sampai form 3. lepas tu dia pindah MRSM. Aku terjumpa dia memang terkejut gila masa orientasi. Nasib baik aku dapat satu kelas ngn satu blok dgn dia. Dia tingkat 3 ja haha selalu aku turun bilik dia.
Sholeha, Cha, Rayhan dengan orang sebelah bilik haha Syifa :)

Okay jangan lupa tengok sambungan post ni, tapi aku letak gambar dengan description je la..malas eden nak merangka esei haha.