pada 15hb Julai 2013 ialah tarikh bebudak ASPer 8 pakat pakat nervous nak check result haha. Mulanya diorang cakap 14hb then kena tunda, pastu daripada pukul 12PM tunda 3PM *tak UPM lah kalau tak tunda haha... tunggu punya tunggu jeng jeng dah keluar result!
Aku cuak gila sebab pointer aku rendah ja. Seriously rendah, aku dah berapa kali nangis tengok result tak berubah-ubah. Aku takut sangat kalau aku dapat degree lelong. Kos degree yang dicampak. Tahap nervous tu sampai nak muntah haha =.=
Dengan lafaz bismillah, aku masukkan nombor ic...
Tahniah Nurul Atiqah Binti Hussain Sani !
Alhamdulillah aku dapat kos salah satu daripada 5 pilihan tu. Aku bersyukur sangat sangat. :')
Walaupun aku mengharap sangat aku dapat nutritionist tapi dapat kos ni pun syukur alhamdulillah. So, aku akan bergelar pelajar degree dan bakal bergelar budak pertanian lah kan haha. Takpa, aku redha..
Dalam surat tawaran, aku dapat kolej 12 so bye bye 13..sedih tu sedih gak, tapi nak buat camna kan. Kalau boleh tukar, memang aku nak gak tukar hee :3
Insyaallah aku akan menghadap kimia lagi.. fizik aku tak pasti, agric mestilah kan. tahniah kawan2 yang lain, aku pun tak sangka rezeki aku tertulis kat sini. Jauh menyimpang gak daripada minat asal.. daripada health science jadi agriculture haha.
Tarikh daftar 2hb September, masa tu pun nervous nervous jugak sebab ada orientasi bagai kan. Tapi mudahan Allah lancarkan urusan aku, amin :)
Universiti Putra Malaysia! I will see you again soon!
No comments:
Post a Comment