Pada 27 Julai yang lepas, bermulanya satu event Art of Speed (AOS) yang diadakan setiap tahun di tempat yang sama iaitu di MAEPS, Serdang. Beberapa minggu sebelum event bermula, aku agak tertarik dengan list band yang bakal perform pada hari Sabtu itu. Pada kebiasaannya jika ada nama Hujan, aku terus ajak sesiapa yang berkelapangan untuk ikut berpesta. Tapi bila aku nampak nama Bittersweet, aku sedikit risau kerana aku tahu tentang ritual fans apabila dua band yang power ni berkongsi pentas. Adik aku, Nina pula kadang tak dapat cuti pada hari weekend jadi aku mengambil keputusan untuk tidak beli tiket dulu. Namun, perasaan aku makin membuak-buak untuk pergi apabila pengumuman band Seven Collar T-shirt juga akan beraksi pada hari Sabtu itu. Aku harus pergi!
Art of Speed dilangsungkan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, dan dibahagikan kepada indoor dan outdoor. Jualan harga tiket juga berbeza mengikut tempat. Indoor : RM20, Outdoor (Sound of Circus) : RM35 dan Speedlane (Indoor + Outdoor) : RM50. Disebabkan aku beli lambat, aku terpaksa juga beli tiket Speedlane tu. Tak apalah, RM50 itu aku boleh enjoy Seven Collar T-shirt dekat indoor dan Hujan di pentas outdoor. Okay lah kan?
Disebabkan Seven Collar T-shirt perform dalam pukul 1 tengah hari camtu, aku pun gerak dari Kajang awal. Tengahhari tu terik gila lah, nasib baik dalam dewan tu sejuk sikit. Aku berseorangan pada siang tu sebab Nina tetiba ada hal di tempat kerjanya dan mungkin hanya akan ikut petang nanti. Ada lebih kurang 40 minit lagi sebelum band start, aku pun pusing-pusing dulu melawat booth dan pameran yang ada. 10 minit sebelum band nak mula, aku dah terpacak depan stage. Perasaan duduk depan ni best betul, lagipun ni adalah first time untuk aku tengok Seven Collar T-shirt perform live. Berdebar gila aku macam nak jumpa pakwe. Sesi sound check agak lama, dalam pukul 1.15 macamtu baru band start main. Crowd pun dah mula ramai, dan aku masih di depan sekali. Lagu yang pertama, Lines terus buat goosebumps. Aku tak boleh berhenti sengih, do. Perasaan first time tengok band favourite kau depan-depan, live pula ni takleh aku nak describe. Skill Ham, gitaris Seven Collar T-shirt tak boleh buat main-main weh! Punya lah sedap. Aku puas weh, aku puas dapat dengar diorang live. Banyak juga lagu yang diorang main yang daripada album Drone, The Great Battle, dan yang terbaru, Murder.
Petang tu, aku ambil Nina di stesen MRT Kajang dan gerak semula ke Serdang. Crowd pada petang tu lebih ramai daripada tengah hari tadi. Katanya sampai tiket Speedlane tu pun sold out! Awal petang tu terdapat beberapa band yang dah perform iaitu De Dang, Kapow dan Restraint. Aku tak sempat nak tengok, tapi dengarnya Restraint hardcore gila babi sampai ada yang berdarah-darah. Malam tu, Gerhana Ska Cinta berjaya membuatkan aku tak behave, hahahaha! People were dancing and singing out of their lungs. Ini juga adalah pertama kali aku dengar Gerhana Ska Cinta secara live di konsert. Band seterusnya, Masdo membawa masing-masing ke zaman tarian twist dengan lagu Bunga mereka. Bagi aku, performance Masdo makin better walaupun kadang ada drama atau cakap-cakap yang meleret. Pada mulanya kami berada dalam kelompok yang agak hadapan, tapi bila Bittersweet start main, gila kena tolak sampai ke tengah! Crowd memang riot habis! The only song where everybody was calm, adalah masa lagu Hilang. Time tu je semua orang jadi normal hahaha. Pada penghujung Bittersweet tu, kaki aku mula lenguh. Lenguh, basah peluh, dan dahaga gila babi. Selepas sound check yang juga agak lama, Hujan mulakan semula api riot dalam crowd. Ni kali kedua kena tolak weh! Nasib baik ada juga beberapa orang yang jadi 'dinding'. Konsert yang sepatutnya tamat pukul 12 tengah malam, hanya tamat pada pukul 12.30 tengah malam camtu. Barai. Barai habis.
Konsert malam tu best, cuma yang tak berapa nak best, setiap gap sebelum band perform dan sound check mereka agak lama. Malam Sabtu tu pihak organiser letak semua band kaw-kaw, dan hari untuk hari Ahad cuma ada 3 band, Asheed Def Gab C, Blues Gang, dan Kid Search and Friends. Aku rasa kedua-dua malam adalah untuk tarik pelbagai genre fans, lagipun ada yang datang dari jauh. Malam hujung minggu yang enjoy habis, dan aku tak serik untuk join riot lagi. Bagi aku, peluang untuk menonton band kegemaran adalah satu kepuasan yang tak pernah habis. Mungkin disebabkan dulu aku tidak berpeluang untuk join gig sangat, dan aku join pun bila Hujan start comeback #Hujan10Tahun masa tahun 2015 di Taman Buaya Melaka. Sejak tu baru aku berani untuk join mana-mana gig untuk mengisi malam hujung minggu aku. Tujuan aku menulis entry kali ni pula adalah untuk menaikkan semangat untuk menulis semula. Lama juga aku tinggal blog, asyik procrastinate je untuk setiap post. Lepas aku baca Fagiyu Edisi II, aku cam best juga kalau menulis tentang reviu gig atau apa-apa yang aku minat, macam dulu. Harapnya aku rajin lah.
So, cheers to never giving up, and cheers to local scene!
No comments:
Post a Comment