Menuju 2021, kepelbagaian dalam genre musik
berevolusi mengikut citarasa pendengar. Seiringan pandemik yang seakan tiada
penghujung, dewa musik masih merahmati kita dengan kemunculan penyanyi baru
yang berbakat dan berkualiti. Jika anda meminati Joji dan Frank Ocean, VOYAGER
yang dinyanyikan oleh HIZAMI (menampilkan mubinikki) akan menjadi kegemaran
anda yang baru. Lagu ini sebenarnya telah dikeluarkan pada tahun 2020 dan siap
sedia untuk dimainkan di Spotify.
VOYAGER membawa genre R&B dan ‘chill vibe’
yang sesuai untuk didengar ketika anda di dalam kereta, di rumah sambil main
kucing atau ketika malam menerjah sebelum anda tidur. Lagu berdurasi 3 minit 22
saat ini membawa anda ke intergalaksi dengan bunyian synth sepanjang lagu ini
dimainkan. Menurut HIZAMI, VOYAGER menceritakan tentang ‘depresweet galactic
love story’ yang mungkin membawa kelainan kepada pendengar dengan jalan cerita cinta
intergalaksi namun berkait rapat tentang pengorbanan dan kesanggupan. Setiap lagu mempunyai maksud tersendiri yang
disampaikan dan kadang juga memberi maksud yang berbeza bergantung penerimaan
pendengar. Permulaan lagu mulanya akan
membuat anda hanyut dalam slow beat dibawakan HIZAMI dan seterusnya telinga
anda akan terus terpaut pada rangkap korus kedua yang dinyanyikan mubinikki.
Seperti nafas yang baru, gabungan kedua suara ini membuatkan anda mahukan lagi.
Lagu dan lirik VOYAGER ditulis oleh HIZAMI dan mubinikki adalah semasa
dalam percubaan beliau eksperementasi dari segi bunyian dan pembawaan lagu. HIZAMI
merupakan pelajar kejuteraan mula bergiat dalam industri muzik setelah minat
beliau kepada musik terus membara walaupun pernah ditolak beberapa kali.
Keghairahan dalam muzik mencetuskan beliau idea untuk menubuhkan Bedroom Dreamers
bersama mubinikki bagi meneruskan impian mereka.
Untuk anda yang meminati genre sebegini,
jangan lupa untuk mendengar lagu-lagu lain HIZAMI seperti Hujan Panas dan Crows
di Spotify. Lagu-lagu beliau akan membawa anda kepada mood seperti berada di
dalam kafe sewaktu hari hujan menikmati pahit dan manisnya kehidupan.
Selamat menikmati!
No comments:
Post a Comment